KUALA LUMPUR 25 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan lawatan ke Yayasan Peneraju bagi membincangkan ruang kerjasama terutama dari aspek program-program bersifat pendidikan kepada golongan belia di negara ini.
Lawatan yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun disambut mesra oleh Tuan Haji Zulkifli Yusof, Pengarah Strategi dan Perhubungan dan barisan kakitangan Yayasan Peneraju.
Perbincangan tertumpu kepada inisiatif-inisiatif MBM dalam pembangunan belia negara yang mensasarkan kepada kelompok-kelompok belia tertentu seperti belia berisiko, belia massa, belia minoriti dan sebagainya. Ia memberi gambaran kepada Yayasan Peneraju terhadap gerak kerja MBM serta memberi ruang kepada mereka dalam berganding bahu dalam melaksanakan beberapa program yang berimpak besar.
MBM turut diwakili oleh Naib Presiden, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, Exco MBM, Sdr. Muhammad Abu Kadir Mubarak Ali, ahli-ahli dari Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM serta Sekreteriat MBM.