MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM dan pusat Pembangunan Usahawan UIAM rangka program usahawan

GOMBAK 28 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi pertemuan dengan Pusat Pembangunan Usahawan (PPU) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak yang berlangsung di UIAM Gombak

MBM diwakili Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed, Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan dan Timbalan Pengerusi BIro, Sdri. Nurliana Muhammad.

PPU UIAM pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Azam Othman, Pengarah Perhubungan Alumni UIAM dan Puan Sabirah Mokhtar, Pusat Pembangunan Keusahawanan UIAM.

Antara perkara yang dibincangkan adalah pelaksanaan Kursus Keusahawanan belia terutama kepada Alumni UIAM pasca Covid 19 di samping perancangan pelaksanaan beberapa program bersama antara MBM dan UIAM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »