PETALING JAYA 22 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Presiden dan Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd (ANGKASA) bagi membincangkan pelaksanaan bengkel sumbang saran pemerkasaan koperasi belia anjuran Angkasa dan MBM.
Koperasi merupakan salah satu mekanisme bagi menggerakkan ekonomi belia dan Negara. Presiden Angkasa Dato’ Abdul Fattah Abdullah merupakan mantan pimpinan MBM.