Putrajaya | 23 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan berkala bersama YB Adam Adli , Timbalan Menteri Belia dan Sukan bagi membentangkan perancangan mengenai pergerakan belia untuk tahun 2024.
Dalam pertemuan tersebut, beliau turut berkongsi hasrat dan hala tuju Kementerian Belia & Sukan bagi tahun 2024 untuk diselarikan bersama pergerakan belia.
Hadir mengetuai pertemuan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM.
Turut sama, Sdr. Hasnul Haniff; Setiausaha Agung MBM , Sdr. Faiz Shuhaimi; Exco MBM dan Sdr. Fauzi, Exco MBM.