PUTRAJAYA 9 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Seri Rina Mohd Harun di Pejabat YB Menteri.
Delegasi MBM diketuai oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli.
Hadir sama Naib Presiden MBM Sdri. Ruby Chow; (Pengerusi Jawatankuasa), Exco MBM Sdri. Siti Nor Hasyyati Abd Rahman; (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa), Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa dan ahli-ahli jawatankuasa.
Pertemuan lebih sejam ini berlangsung dalam suasana mesra dan positif dengan fokus perbincangan tertumpu kepada merintis kerjasama pihak Kementerian dalam menjayakan program Aspirasi Wanita Muda.
Turut dibincangkan mengenai “brainstorming” usaha-usaha yang boleh digerakkan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkasa ekonomi wanita muda melalui program kesihatan (mental), kerjaya, pengukuhan sistem keluarga belia dan mendaya upayakan belia dalam program-program kebajikan.
YB Menteri turut menekankan akan perubahan aliran pemikiran belia yang perlu diselami dan difahami oleh generasi terdahulu agar idea-idea belia dapat didengari dan dihayati dengan baik. Belia adalah pewaris kepimpinan masa akan datang, maka pemerkasaan belia terus menjadi sebahagian agenda utama negara.
Pihak KPWKM juga menekankan keperluan memperkasakan tatasusila generasi muda terutamanya dalam mengutarakan pandangan dan komentar mereka di media sosial dan alam maya.
Terima kasih atas ruang masa dan perhatian serius yang YB Menteri diberikan.