SEREMBAN 22 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Seremban.
Pertemuan ini bertujuan memaklumkan perkembangan terkini gerak kerja sambutan Hari Belia Negara 2023 pada 28 Mei ini di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson yang melibatkan kehadiran YAB Perdana Menteri.
Taklimat disampaikan oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli.
Hadir sama Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani; Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Zul Fadhli Abd Aziz; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdri. Sheera.




