PUTRAJAYA 27 Julai- Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal di Menara KBS.
Perbincangan berkisar mengenai “Program Jom Masuk Belia” yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula di Sabah pada 1 hingga 3 Ogos 2020.
Hadir sama Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaluddin.