PUTRAJAYA 13 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Setiausaha Politik kepada YB Menteri Luar Negeri, Encik Akmal Zharif Ahmad Kamal bertempat di Wisma Putra.
Pertemuan disertai Presiden MBM, Sdr. Mohd izzat Afifi Hj Abd Hamid dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun ini membincangkan mengenai jaringan kerjasama dan program-program pembangunan belia dalam konteks antarabangsa melibatkan MBM dan pihak Kementerian.
