SOCHI, 6 Mac – Telah berlangsung pertemuan antara delegasi Malaysia bersama delegasi Nepal, Encik Santosh Neupane, Executive Vice President Pokhara Youth Council dan Encik Raj Dhungana yang menghadiri World Youth Festival 2024 di Alpha Sirius.
Pertemuan diketuai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid ini bagi membincangkan jalinan kerjasama antara belia Malaysia dan Nepal.
Turut sama dalam pertemuan ini Sdr. Dhanesh Basil, Presiden MIYC Kebangsaan; Sdr. Sanjay, Timbalan Presiden MIYC Kebangsaan dan Sdr. Fazreen Ismadi, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.