MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM bersama pimpinan belia Sikh

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama belia Sikh berkenaan status Pertubuhan Belia Sikh Malaysia (MSYA) dan Gerakan Belia SePunjabi Malaysia (GBSM) dalam gabungan MBM.

Perbincangan dipengerusikan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM itu turut berkongsi pandangan serta panduan berkenaan dokumentasi MYKD bersama Sdr. Rajvinder Singh dari MSYA, Sdr. Harmit Singh dari GBSM dan Sdr. Peshminder Pall Singh.

Dalam perbincangan ini juga, belia Sikh telah menyatakan hasrat untuk bersama MBM semula bersama dengan badan gabungan MBM yang lain.

MBM sebagai pertubuhan induk belia sangat mengalu-alukan penglibatan semua kaum belia dalam merealisasikan Malaysia Madani.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »