MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM bersama Pengarah JBSN Melaka yang baru

AYER KEROH 4 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Hidup Sihat telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka yang baru, Encik Mohamad Mazlan Haji Anis bertempat di JBS Negeri Melaka, Ayer Keroh.

Kunjungan ini diketuai Sdr. Shawaludin Malik, Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dalam menjayakan program Road to ASEAN & Youth Heritage Forum dan Malaysia International Youth Exchange (MiYe) yang dijadualkan Oktober ini di Melaka sempena kepengerusian Malaysia sebagai pengerusi ASEAN.

Hadir sama Sdr. Mohd Najib, Ketua Sekretariat MBM dan Puan Bibi Zaleha, pegawai Antarabangsa MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »