PUTRAJAYA 10 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh Timbalan Pengerusi Biro Perpaduan, Intergriti Nasional Dan Kepenggunaan MBM serta rombongan telah mengadakan pertemuan kepada Datuk Seri Jamil Salleh mantan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan selaku Penasihat Skuad Pengguna MBM.
Ketika pertemuan tersebut, beliau telah berkongsi beberapa perkara berkaitan ekonomi anak muda antaranya kos sara hidup, pemilikan perumahan dan keusahawanan.
Perkara yang disampaikan tersebut adalah merupakan salah satu tanggungjawab MBM dalam menyelesaikan dan merealisasikan impian anak muda serta hasrat kerajaan untuk menjadikan malaysia lebih maju dan berdaya saing.
MBM sentiasa komited dan bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam membantu golongan anak muda.