30 September 2022 | Kuala Lumpur
Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita & Keluarga telah mengadakan pertemuan dengan Bahagian Pembangunan Keluarga (BPK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Sdri. Asya Rahman, Exco MBM merangkap Pengerusi jawatankuasa ini hadir membincangkan ruang kolaborasi untuk menjayakan fasa pelaksanaan Program KASIH Keibubapaan Digital bagi keluarga muda negara.
Semoga hasil perbincangan ini dapat direalisasikan dan menjadi panduan terbaik buat semua pemegang taruh berkaitan untuk melakukan perubahan terhadap keperluan trend keibubapaan atau pengasuhan di era digital masa kini.