PUTRAJAYA 17 Disember – Kunjungan hormat Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Presidennya, Sdr. Jufitri Joha kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad telah berlangsung di Pejabat KSU di sini.
Pertemuan didahului dengan ucapan tahniah atas pelantikan beliau di samping membincangkan isu-isu utama berkaitan pembangunan usahawan belia.
MBM juga mencadangkan kerjasama bagi melaksanakan program berbentuk kesedaran dan cakna keusahawanan bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka apabila menceburi bidang ini.
MBM melahirkan hasrat menjalinkan kerjasama rapat dengan agensi-agensi di bawah MEDAC dalam menyampaikan maklumat terutamanya berkaitan peluang dan ruang yang disediakan bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.
Hadir sama Sdr. Syed Osman Mohamed, Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN), Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi merangkap Presiden Penaja Majlis Belia OKU dan Sdr. Clive Allen William Hunt, Presiden Majlis Belia Orang Asli (MBOA).