MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM bersama Kedutaan Brunei bincang program belia sempena Kepengerusian ASEAN 2025

PUTRAJAYA 3 Jan – Pagi ini Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Suruhanjaya Tinggi Brunei di Malaysia, Tuan Aizul Hakim Suyoi, Pemangku Pesuruhjaya/ Setiausaha Pertama (Acting High Commissioner, First Secretary).

Delegasi MBM diketuai Sdr. Dhanesh Basil, Timbalan Jawatankuasa Antarabangsa MBM & SDG.

Sekretariat MBM-ASEAN telah membincangkan dan berkongsi program-program belia yang telah dirangka sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini selain komitmen pihak kedutaan dalam menjayakan program yang direncanakan.

Hadir sama Sdri. Kavita Maheendran, Komiti Sekretariat MBM ASEAN; Wakil Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM dan Sekretariat MBM (Unit Antarabangsa).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »