KOTA KINABALU 19 September – Sdr. Azuwan Marjan, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Iqmal Mahadi, Exco MBM telah mengadakan pertemuan bersama belia-belia Kampung Sembirai Enderio, Kota Belud Sabah.
Pertemuan diadakan bagi mendengar pandangan belia di kawasan luar bandar untuk diangkat sebagai perhatian MBM dan dibawa kepada pihak berkenaan. Selain itu, pelbagai perkara juga dikongsikan bagi memantapkan lagi belia-belia dikawasan luar bandar.