MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERTEMUAN KHAS KEPIMPINAN MAJLIS BELIA MALAYSIA KEPADA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN MENGENAI ISU YOUTH POWER CLUB

PUTRAJAYA 20 Mei – Selepas Pengumuman pelancaran Youth Power Club (YPC) oleh YAB Perdana Menteri semasa Perasmian Hari Belia Negara 2019, Majlis Belia Malaysia (MBM) tampil mendapatkan maklumat terperinci berkaitan YPC daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Menara KBS.

Setelah perbincangan dan kesepakatan bersama, MBM kekal sebagai badan induk belia negara manakala YPC akan menjadi salah satu gabungan MBM, kata YB Menteri.

Pelaksanaan dana Youth Power diharapkan dapat membantu belia yang tidak berpersatuan dan perkumpulan belia tertentu. Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah boleh menggunakan dana ini dalam bentuk geran bagi pelaksanaan program. Kaedahnya akan diperhalusi dan dimurnikan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri masing-masing.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »