MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERTEMUAN KEPIMPINAN YOUTH POWER CLUB (YPC) DENGAN MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUALA LUMPUR 11 Disember – Kepimpinan Youth Power Club (YPC) diketuai Presidennya Sdr. Rafiq Hakim Razali telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) bertempat di Wisma MBM.

MBM diwakili Sdr. Jufitri Joha Presiden, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid Naib Presiden, Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung dan Sdr. Syed Osman Mohamed, Exco MBM.

Hasil pertemuan merumuskan:

1.) MBM sebagai payung pergerakan belia Negara yang bersifat inklusif meraikan kepelbagaian pertubuhan belia non-konvensional seperti YPC ini;

2.) Membuka lembaran baru antara MBM dan YPC dalam mengutamakan gerak kerja dan pembangunan generasi muda dan mengetepikan politik sempit;

3.) Satu dialog antara YPC dan MBM akan diadakan pada tahun hadapan bagi meningkatkan persefahaman dan membetulkan salah faham.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »