KUALA LUMPUR 9 Dis – Bertepatan dengan 100 hari kerajaan #KeluargaMalaysia, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob terus mendengar suara belia sebagaimana yang disebutkan dalam ucapan sulungnya ketika dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.
Beliau memberi jaminan bahawa isu-isu yang disebutkan (pelaksanaan had umur 30 tahun secara notis singkat) akan dibangkitkan di parlimen dan kabinet.
Semoga perbincangan ini dapat memberi sinar kepada kelangsungan pertubuhan belia di Malaysia.
Terdahulu beberapa kepimpinan pertubuhan belia utama (badan gabungan MBM) telah mengadakan pertemuan bersama YAB Perdana Menteri di Parlimen. Pertemuan ini diketuai oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan.
Hadir sama Sdri. Ammielyya Jusnieza, Pegawai Khas Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal belia.