KUALA LUMPUR 20 Feb – Pertemuan Jawatankuasa Transisi Had Umur Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama YB Menteri Belia dan Sukan; YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Pengurusan Kanan Kementerian mengenai Plan Transisi Had Umur di Parlimen semalam telah berjaya menemui titik positif.
In sha Allah gerak kerja seterusnya akan menyusul bagi memastikan transisi ini berjalan dengan lancar dan tersusun sekaligus memudahkan setiap usaha pemegang taruh dalam melaksanakan Akta 668; Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019
Hadir dalam pertemuan ini Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid; Exco MBM Sdri. Asya Rahman; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Sdr. Muhamad Fazreen Ismadi; Presiden Majlis Belia Negeri Selangor YB Dato’ Imran Tamrin; Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia Sdr. Mohamad Nazri Latif; Setiausaha Agung Majlis Belia OKU Malaysia Sdr. Mohamad Ghazali Othman.


