Kuala Lumpur | 19 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jawatankuasa Committee India ASEAN Startup Summit 2023 telah mengadakan pertemuan bersama YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan bertempat di Bangunan Parlimen.
Pertemuan tersebut dihadiri oleh Datin Malliga Subramaniam. Turut serta Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM.
Antara perkara dibincangakan adalah mengenai kerjasama penganjuran program belia antarabangsa .
Penganjuran program ini bakal memberi peluang kepada belia Malaysia untuk memperkenal produk serta perkhidmatan kepada bakal pelabur yang datang ke Malaysia. Program ini juga berpotensi tinggi bagi meluaskan rangkaian profesional belia Malaysia ke peringkat antarabangsa.