MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan bilateral MBM dengan Ho Chi Minh Communist Youth Union

SOCHI, 6 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan pertemuan bilateral dengan Ho Chi Minh Communist Youth Union (HCYU) bertempat di Hotel Alpha Sirius di sini.

Wakil Vietnam dihadiri Minh Tran, Setiausaha Bahagian Antarabangsa HCYU.

Fokus pertemuan adalah mengenai jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti silang budaya, keusahawanan, program belia Asean dan sebagainya.

Selain itu, ia juga sebahagian persediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Presiden MBM berharap jaringan kerjasama badan-badan belia di peringkat Asean dapat dipertingkatkan lagi demi kesejahteraan rantau Asean.

Turut dibincangkan program bersama masyarakat minoriti Muslim di Vietnam.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »