MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan bilateral MBM bersama Pengarah Agensi Hal Ehwal Belia Uzbekistan

UZBEKISTAN 15 Oktober – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bilateral bersama Pengarah Agensi Hal Ehwal Belia Uzbekistan, H.E Senator Alisher Sadullaev.

Pertemuan ini diketuai Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Turut sama Ahli Dewan Tertinggi MBM merangkap Presiden MAYC Kebangsaan, Sdr. Al-Hafizi Hj Abu Bakar serta Bendahari Gerakan Belia 4B Kebangsaan dan Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Saharuddin Ahmad.

Hasil perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju mempertingkatkan hubungan kerjasama antara Uzbekistan dan Malaysia, khususnya program silangbudaya, pertukaran belia, program pelancongan serta pendidikan.

Minat Uzbekistan pada Malaysia mendalam dan memandang tinggi pada Malaysia. Terdapat hampir 1000 orang Uzbekistan lepasan UPSI mampu berbahasa Melayu, dan Bahasa Melayu antara 13 bahasa utama yang diajarkan applikasi Ibrat, applikasi bahasa yang ditawarkan percuma kepada rakyat Uzbek oleh kerajaan Uzbekistan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »