MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan bersama penaja Delegasi Malaysia ke World Youth Festival 2024

SOCHI 6 Mac – Usai persembahan kebudayaan, Delegasi Malaysia telah mengadakan pertemuan bersama Primorsky Krai bertempat di pentas Justice Hall.

Primorsky Krai ialah individu yang bertanggungjawab sebagai region angkat Malaysia yang menaja peserta-peserta Malaysia ke World Youth Festival 2024 ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Ketua Delegasi Malaysia, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Primorsky Krai kerana memberi peluang kepada belia-belia Malaysia menghadiri program ini.

Primorsky Krai berharap belia-belia Malaysia yang bertuah ini mengambil kesempatan mengenali Rusia. Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada delegasi Malaysia sebagai tanda kenangan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »