KUALA LUMPUR 31 Okt – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Khairul Azman Azeez telah menyertai pertemuan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Dr. Akmal Saleh bersama Duta Besar Mesir ke Malaysia, TYT Ragai Tawfik Said Nasr di Kedutaan Mesir Jalan Ampang di sini.
Pertemuan bagi membincangkan mengenai akses dan bantuan pihak kedutaan Mesir bagi melancarkan misi bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas dalam konflik serangan ketenteraan Israel di Gaza.

