KUALA LUMPUR 4 Februari – “Tiba masa TVET menjadi pilihan utama belia dalam mempersiapkan diri untuk masa depan kerjaya yang cemerlang” – YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.
Selaras kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara pada 3 Februari 2022 mengenai kepentingan sektor TVET, Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan langkah konstruktif berkaitan dengannya.
Pertemuan dengan pihak pengurusan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) khusus untuk merangka kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak untuk membuka lebih banyak peluang untuk anak muda menyertai bidang selari dengan IR4.0 ini. Pihak AATC merupakan pembekal latihan secara formal dan modular yang menumpukan bidang-bidang strategik yang akan menjadi tawaran utama sektor pekerjaan di era IR4.0. Antaranya ialah Cyber Security, Drone dan banyak lagi.
Pihak MBM akan menjadi rakan aktif untuk menghebahkan tawaran ini kepada para belia di luar untuk merebut peluang yang ditawarkan. Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM hadir mewakili Presiden MBM bagi memenuhi undangan ini. Sektor TVET haruslah menjadi pilihan para belia bukan yang kedua tetapi yang berada pada posisi yang menjanjikan.