BANDA HILIR 26 Mei – Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Pidato Akhir Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2024 yang berlangsung di restoran Waronk, Banda Hilir.
Pidato ini bertemakan “Perpaduan Belia Keharmonian Negara”.
Program di bawah kelolaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ini menampilkan pemidato anak muda berbakat yang boleh digilap lagi potensi mereka di masa hadapan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sdr. Mohd Fairos Rusli, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez dan Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Sdr. Mohamad Nazri Latiff.