KUALA LUMPUR 13 Nov – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi dan Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mengadili Pertandingan Pidato Bahasa Malaysia Peringkat JCI Malaysia (Kebangsaan) sebagai juri mewakili MBM.
Seramai 7 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Dalam masa yang sama, JCI Malaysia juga menganjurkan Pidato Bahasa Inggeris dan Mandarin secara atas talian peringkat Kebangsaan. Tahniah JCI Malaysia di atas penganjuran Pidato ini.