Kuala Lumpur 25 November – Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Boling Persahabatan Sempena Karnival Sukan Belia Malaysia 2015 yang bertempat di Ampang Superbowl@Times Square. Pertandingan bermula pada pukul 8.00 malam dengan penglibatan oleh Dewan Tertinggi MBM, Exco MBM, Badan – Badan Gabungan, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Wakil Media (Bernama & RTM), Pusat Belia Antarabangsa, Sahabat MBM, RELA dan ramai lagi.
Cabutan bertuah turut diadakan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.