KUALA LUMPUR 26 September – Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perundingan Belia Negara dan Parlimen Belia Malaysia, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) menghadiri Persidangan Parlimen Belia Malaysia Sidang 1 2019 di Bangunan Parlimen.
Turut hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa MPBN dan PBM dan Sdr. Suhail Mohamed Kamaruddin, Setiausaha Jawatankuasa MPBN dan PBM.
Sesi Penggulungan Akhir Sidang Parlimen Belia disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.