SHAH ALAM 21 Julai – Sdri. Asya Rahman Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM menghadiri Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM di Glenmarie Hotel & Resort.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM turut membentangkan resolusi kluster Kepimpinan hasil perbincangan bersama lebih kurang 150 peserta yang mewakili NGO masing-masing dalam persidangan ini.
Resolusi merangkumi 3 kluster ini mewakili isu utama wanita (kepimpinan, perundangan dan sosioekonomi) kemudiannya diserahkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato Seri Rina Mohd Harun untuk dimurnikan dan diangkat ke peringkat seterusnya.
Banyak pencerahan isu semasa berkaitan wanita telah dikongsikan termasuk proses dilakukan pihak kementerian yang sangat memerlukan penglibatan setiap ahli Keluarga Malaysia sehingga diluluskan sebulat suara bagi Rang Undang-undang Anti-Gangguan Seksual 2021 (AGS 2021) pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin.