MAJLIS BELIA MALAYSIA

Persidangan Meja Bulat : Pembangunan Profesionalisme Kerja Belia

BANGI 11 Jan – Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin telah hadir mewakili MBM ke Persidangan Meja Bulat : Pembangunan Profesionalisme Kerja Belia yang berlangsung di Bangi Resort.

Persidangan ini dihadiri seramai 70 orang peserta yang mewakili agensi kerajaan, badan korporat, swasta, badan bukan kerajaan dan pertubuhan belia.

Hasil dapatan akan dijadikan input nota jemaah menteri bagi membolehkan usaha rentas kementerian dan agensi bagi pelaksanaan Pekerja Belia Professional.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Program dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Adab Youth Garage (AYG).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »