Kuala Lumpur | 16 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) 2023 bertempat di Bangunan Parlimen.
Persidangan hari pertama telah dipengerusikan oleh YB Tan Sri Dato’ Johari Abdul; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah; Ahli Parlimen Paya Besar, YB Datuk Mumtaz Md Nawi; Ahli Parlimen Tumpat dan YB Kelvin Yii Lee Wuen; Ahli Parlimen Kuching.
Seramai 99 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia mewakili setiap negeri dan wilayah persekutuan telah terpilih melalui proses pemilihan secara atas talian yang meliputi pencalonan, sesi berkempen dan pengundian calon bermula dari 7 Jun hingga 20 Julai 2023.
Hadir menyaksikan persidangan tersebut YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammah; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan YBrs. Dr. Zainah Shariff; Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Turut hadir mewakili MBM sebagai jawatankuasa persidangan tersebut Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Exco MBM dan Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM.
MBM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Sdri. Auni Syafini Muhamed Rizman, Sdri Nur Auni Che Kodir, Sdr. Ong Hong Yao dan Sdr. Abraham Ngam Lee Liang yang telah menjadi sebahagian daripada penggerak persidangan ini selaku pelapor.