PUTRAJAYA 1 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program/Aktiviti Belia dan Sukan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertempat di Menara KBS di sini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan.
Sebagai tuan rumah, Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah diberi tanggungjawab menyelaras penganjuran Persidangan Antarabangsa Pemimpin Belia Asean 2025 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur melibatkan MBM sebagai rakan strategik bagi menjayakan program ini.
Hadir mewakili MBM ke mesyuarat ini Puan Bibi Zaleha, Pengurus Program Antarabangsa MBM dan Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM.