MAJLIS BELIA MALAYSIA

Persepakatan Bersama MBM dan 40 Badan Gabungan

Dalam keadaan negara dan rakyat yang berhadapan dengan pebagai cabaran getir dan rintangan dahsyat berkaitan Covid-19, kemelesetan ekonomi dan ketidakstabilan politik, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan gabungan tampil tegas berteraskan prinsip dan semangat Rukunegara mewakili belia dan rakyat Malaysia dengan persepakatan seperti berikut :

1.) Menjunjung kasih dan mendokong penuh titah dan saranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu agar suhu politik negara dikurangkan bagi menumpukan usaha pemulihan negara dan membantu rakyat yang sedang menderita;

2.) Menyeru secara tegas agar semua ahli politik akur dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu dengan mengadakan gencatan politik buat sementara waktu dan berpakat memulihkan negara sebagai manifestasi empati kepada keadaan belia dan rakyat yang sedang tertekan;

3.) Mengutuk sebarang perlakuan rasuah politik yang pastinya merosakkan masa depan generasi muda dan negara;

4.) Menyeru semua pimpinan gerakan belia seluruh Malaysia agar terus perkukuhkan iltizam dan solidariti membantu meringankan beban belia dan rakyat yang dalam keadaan kesusahan dengan pelbagai inisiatif seperti bantuan fizikal; sokongan kesihatan mental; sukarelawan pusat pemberian vaksin (PPV); penciptaan peluang pekerjaan, latihan dan keusahawanan; dan bantuan derma darah;

5.) Mendoakan seluruh belia dan rakyat Malaysia agar terus tabah dan menyandarkan hakikat harapan hanya kepada Yang Maha Esa.

Sekian.

40 Badan Gabungan MBM yang menyokong:-

Tarikh: 14 Ogos 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »