SOCHI 5 Mac – Telah berlangsung persembahan kebudayaan oleh peserta-peserta Malaysia ke World Youth Festival 2024 di pentas Stadium World Market Art di sini.
Malaysia mempersembahkan tarian bertenaga mengabungan konsep ‘multiracial’ seperti seni bela diri, tarian Melayu, Cina, India, Borneo dan Sewang.
Ternyata persembahan Malaysia mendapat perhatian dan tepukan gemuruh dari tetamu festival.
Selain Malaysia, turut membuat persembahan kebudayaan dari Brazil dan selebriti tempatan seperti Lebedeva; Natali Ka; Anopriev; Akhmetov dan Tolko Nastya.
Hadir sama menyaksikan persembahan ini, Pegawai Khas Duta Besar Malaysia ke Moscow dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Ketua Delegasi Malaysia, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid.















