Putrajaya, 31 Julai 2015: Media sosial merupakan medium yang membolehkan pengguna berkongsi, berbincang serta mencipta sesuatu perkara secara talian dengan mudah.
Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita.
Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Jika untuk memiliki media tradisional seperti televisyen, radio, atau akhbar memerlukan modal yang besar dan tenaga kerja yang banyak, maka lain halnya dengan media. Seorang pengguna media sosial boleh mengakses menggunakan media sosial dengan rangkaian internet bahkan yang aksesnya lambat sekalipun, tanpa bayaran besar, tanpa alat mahal dan dilakukan sendiri tanpa pekerja. Pengguna media sosial dengan tidak boleh menyunting, menambah, mengubah suai baik tulisan, gambar, video, grafik, dan pelbagai model kandungan lain.
Sedar tentang kepentingan media sosial ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Persidangan Ketua Penerangan dan Setiausaha Kerja Badan Gabungan MBM bertempat dia Aras 4 Menara KBS, Putrajaya.
Persidangan yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dihadiri seramai 35 orang yang terdiri daripada Ketua Penerangan dan Setiausaha Kerja/ Ketua Pentadbir Badan Gabungan MBM dan berkahir pada jam 4.30 petang.
Objektif persidangan ini diadakan adalah bagi memberi penerangan serta pendedahan menyeluruh bagi fungsi media sosial dan penerangan bagi setiap badan gabungan. Di samping itu juga dapat menyeragamkan setiap informasi yang ingin disampaikan bermula dari peringkat induk hingga ke akar umbi. Persidangan ini juga dapat merapatkan hubungan di antara ketua penerangan dan setiausaha kerja bagi setiap badan gabungan MBM.
Persidangan ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dan penerangan ringkas oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Rizan Hassan. Antara tetamu yang dijemput untuk menyampaikan taklimat dan penerangan adalah Sdr. Nor Azli bin Mohamad Daud, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia dan Sdr. Azam Ismail Bakri dari Orlaith Inc. Antara intipati yang disampaikan adalah Peranan Media kepada Pertubuhan Belia dan Kepentingan Media Sosial dalam Gerakan Belia.
Persidangan ini telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz.