MAJLIS BELIA MALAYSIA

Persatuan Alumni Felo Perdana kunjungi MBM jalin kerjasama

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Alumni Felo Perdana (PFAA) yang diketuai oleh Presidennya, Sdr. Syed Mohamed Arif (Batch 4) bertempat di Wisma MBM di sini.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun hadir menyambut kedatangan rombongan ini.

Kunjungan bertujuan merapatkan silaturahim di samping membina hubungan kerjasama di antara (PFAA) dan MBM.

Presiden MBM dalam ucapannya mengalu-alukan kerjasama ini dan berharap PFAA dapat berkongsi kepakaran khususnya dalam isu ekonomi belia, SDGs, climate change dan lain-lain dalam membangunkan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »