Kursus Kepimpinan Skuad MiB 300 anjuran Majlis Belia Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 10 – 12 Jun 2016 yang bertempat di Institut GPMS, Batu Gajah.
Penglibatan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Azlan Shah (UISAS), Kuala Kangsar sebagai peserta. Pelbagai latihan dan cabaran yang disediakan oleh fasilitator bagi mencungkil bakat kepimpinan dalam diri setiap peserta
“Disini hanyalah satu titik permulaan untuk persiapan diri di masa akan datang dan untuk menjadi seorang pemimpin perkara yang perlu ada adalah keberanian dalam diri”. Kata Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr Hasnul Fairuz Hushin Amri dalam ucapannya pada majlis penutup Kursus Kepimpinan Skuad MiB 300 Majlis Belia Malaysia.
Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi pengalaman beliau yang telah terlibat dalam pergerakan belia sejak tahun 1992 bagi memberi inspirasi kepada peserta kursus yang hadir.
Turut menjayakan kursus ini adalah Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim. Barisan fasilitator terdiri daripada Sdr Mohd Faez Mohd Abu Bakar, Sdr Juhairi Joha Amil Fadilah, Sdr Mohd Rizan Razali, Sdr Mohd Zuraidi Ahmad Daud, Sdr Mohd Fazreen Ismadi Fauzi dan Saudari Ekafarlina Saparuddin.
Save