MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2017

Bukit Jalil 1 Februari – Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2017, MBM menganjurkan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan 2017 bagi mengeratkan silatulrahim dan mempereratkan hubungan di antara pasukan yang hadir pada hari ini. Perlawanan ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KSU KBS) Ybhg. Dato’ Lokman Hakim Ali.

Sebanyak 6 pasukan terlibat dalam perlawanan yang membabitkan pasukan MyTeam MBM, KBS A, KBS B, MSN (Majlis Sukan Negara Malaysia), EPU (Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri) dan RTM. Perlawanan yang bermula pada pukul 3.30 petang ini berakhir pada pukul 6.45 petang di Padang Bola Sepak MSN, Bukit Jalil. Turut hadir barisan pimpinan MBM seperti Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup dan Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni, Sdr. Hasnul Hanif Harun.

Keputusan perlawanan adalah dimenangi oleh pasukan MyTeam MBM sebagai Johan dan Naib Johan pasukan RTM manakala lain-lain pasukan KBS A, KBS B, MSN dan EPU menerima saguhati. Turut diadakan cabutan nombor bertuah, penyampaian hadiah dan sesi bergambar kenangan.

 

           

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »