Negeri Sembilan 9 April – Telah berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan MyTeam MBM dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) sempena MBM FIT CHALLENGE pada 9 April 2016 yang bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi (KOMBES) Negeri Sembilan. Perlawanan bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Turut hadir sama memeriahkan perlawanan ini Sdr. Hj. Mua’amar Ghadafi Presiden MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup SUA MBM, Sdr. Eddy Erman Naib Presiden MBNNS, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi MBM dan Exco-Exco MBM.
Perlawanan yang sengit ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 dengan kesudahan menang sepakan penalti oleh pasukan MyTeam MBM dengan agregat 2-1. Seterusnya sesi cabutan diadakan dan sesi bergambar kenangan..