Kuala Lumpur 29 Nov – Perlawanan Bola Sepak Patriotik Persahabatan Belia Malaysia yang berlangsung pada 28 November 2016 di Padang Tembak Mindef Kuala Lumpur melibatkan 3 pasukan iaitu MyTeam MBM, Ketua Pemuda Umno (KPB1M) dan Naib Ketua Pemuda Umno (NKPB1M).
Perlawanan bola sepak adalah bersempena Pelancaran Tabung Hari Pahlawan 2016. Keputusan perlawanan dimenangi oleh MyTeam MBM sebagai Juara, Naib Juara NKPB1M dan Tempat Ketiga KPB1M yang disampaikan oleh Sdr. Azman Adnan. Turut diadakan cabutan bertuah.