Putrajaya 16 Okt – Kehangatan Karnival Sukan Patriotik Belia Malaysia diteruskan dengan Perlawanan 4 Penjuru MBM – KBS Siri 2/2016 pada sebelah petang 15 Oktober 2016 di Padang Pancarona Presint 18 Putrajaya. Antara yang mengambil bahagian dalam perlawanan ini adalah Putrajaya FC, Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Negeri Perak (MBN Perak).
Disamping itu turut diadakan cabutan bertuah. Turut menyerikan lagi dengan kehadiran Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal. Perlawanan ini berkesudahan dengan Johan dimenangi oleh Putrajaya FC, Naib Johan KBS, tempat ketiga MBM dan tempat keempat MBN Perak.