MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perkukuh Sinergi MBM Bersama Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI): Sambutan HUT KNPI Ke-53

JAKARTA 29 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) ke-53 yang disambut pada 23 Julai setiap tahun sekaligus Hari Ulang Tahun Republik Indonesia yang ke-81 pada tanggal 17 Ogos 2026.

Puncak peringatan Hari Ulang Tahun KNPI Ke-53 dan Hari Ulang Tahun Republik Indonesia Ke-81 tersebut dilaksanakan dengan mengambil tema “Dengan Semangat 08, Kita Songsong Indonesia Emas 2045”

Delegasi MBM diwakili oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM, ⁠Sdr. Mohd Shahir Mohd Yusof, Sdr. Ralph Gan Jia Kang, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM, ⁠Sdr. Mohd Alif A Rahim, dan ⁠Sdr. Khairul Azhar Kamaruzaman, Ahli Dewan Tertinggi MBM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Bapak Jumhur Hidayat, Menteri Linngkungan Hidup RI.

MBM percaya bahawa kekuatan belia merentasi sempadan terletak pada kesatuan, jaringan dan keberanian untuk bergerak bersama bagi terus memperkukuh sinergi dalam membina masa depan belia yang lebih berani, progresif dan berdaya saing.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »