MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perkongsian Pengalaman Tokoh Belia Negara Bersama Alumni MFLS

MARAN 5 September – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdri. Nurliyana Muhammad, Exco MBM telah hadir berkongsi pengalaman sebagai Tokoh Belia Negara 2020 sempena Program Semarak Merdeka bersama Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) Negeri Pahang.

Program yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Maran ini turut dihadiri Sdr. Wan Emril Nizam, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang. Antara yang dikongsikan adalah pengalaman dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan kegiatan dalam persatuan sebagai inspirasi dan suntikan semangat berpesatuan dalam kalangan Alumni MFLS.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »