KUALA LUMPUR 10 Ogos – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menerima barang-barang tajaan berupa Tablet Xp-Pen dari Armorized Pertandingan Reka Cipta Poster sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020.
Hadiah-hadiah ini akan diberikan kepada para pemenang pertandingan tersebut. Serahan disampaikan oleh Persatuan Komik Malaysia (PERKOMIK).