JOHOR BAHRU 14 Ogos – Lawatan kerja Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican ke Johor semperna Sambutan Hari Belia Negara 2020 turut sempat berjumpa dengan Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam majlis ‘Bicara Peduli Belia’ bertempat di Hotel Amari.
Dalam perjumpaan tersebut YB Menteri memberi penghargaan kepada MBM yang terus-menerus memberi komitmen menjadi sendi utama gerakan belia. YB Menteri juga nyatakan dengan jelas bahawa KBS dibuka seluas-luasnya kepada para belia dan gerakan belia untuk datang ke Kementerian.
YB Menteri juga melihat barisan pemimpin belia yang begitu komited melontarkan idea dan saranan-saranan yang menyentuh denyut nadi rakyat hingga ke akar umbi dan ia juga merupakan harapan Kementerian agar persatuan belia ini menjadi penggerak kepada masa hadapan belia.