Putrajaya 22 Julai 2016 – Langkah Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam penubuhan Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) diteruskan dengan perjumpaan barisan kepimpinan MBM bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Dato’ Mohammad Razin Abdullah di pejabatnya pada pukul 3.30 petang.
Deligasi MBM yang diketuai Naib Presiden, Sdr. Jufitri Joha memberi fokus perbincangan mengenai tujuan dan objektif FKPB ini dan kesan jangka masa panjang jika penubuhannya dapat direalisasikan. Beliau memberi penerangan secara ringkas mengenai terma dan malsud ‘Pekerja Belia’ kepada pihak JPPM.
Pertemuan ini dilihat satu langkah proaktif MBM dalam memperjuangkan golongan belia dan pekerja belia tanpa mengira had umur. Turut bersama-sama dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Penerangan MBM, Sdr. Mohamad Rizan Hassan, Exco MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Sdr. Thai Ming Yeow.