MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERJUMPAAN KESATUAN NGO BELIA ISLAM BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN

PUTRAJAYA, 14 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengetuai perjumpaan NGO Belia Islam bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Menara KBS.

Perjumpaan ini dikoordinasi oleh Presiden MBM untuk mengumpulkan NGO Belia Islam yang berkoalisi atau tidak bersama MBM.

Turut serta pada pertemuan tersebut antaranya PEMBINA, HARMONI, GAMIS, Belia 4B, GEPIMA, MAYC, GPMS, PEMUDA ISMA, ABIM, PKPIM, WAMY, KAGUM dan Persatuan Belia Masjid.

Perbincangan santai ini telah membuahkan beberapa keputusan antaranya;

– Sentuhan dakwah kepada golongan muda
– Kesatuan NGO Belia Islam sebagai suara ketiga negara
– Mempelbagaikan teknik dakwah kepada golongan muda
– Perbincangan ke arah mengadakan dan memperkukuhkan polisi belia Islam

Walaupun perbincangan tidaklah secara menyeluruh, tapi ia telah memberi percikan untuk permulaan sesuatu yang lebih besar.

Usaha untuk menyatukan NGO Belia Islam ini bukan usaha sehari dua. Ia akan memakan masa dan apabila ia terjadi, maka ia mampu menjadi tunjang yang penting kepada Malaysia amnya dan belia Islam khususnya.

Image may contain: one or more people and indoor

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »