Jumaat 9 Ogos 2019
Catatan oleh ; Bee Zurkiple (Eksekutif CAYC – MBM)
#hightlights
Perjumpaan bersama Sue Vise dari UNESCO Asia Pasific bagi meluaskan bentuk kerjasama antara COmmittee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) dan MBM (selaku focal point Malaysia) bagi program-program berkaitan SDG di Malaysia dan rantau ASEAN.
Selain itu membincangkan inisiatif yang telah dijalankan oleh MBM yang menyokong pembangunan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).
UNESCO kini sedang giat melakukan “mapping” pertubuhan belia di rantau ASEAN dan CAYC/MBM telah dijemput untuk turut serta di dalam mesyuarat The Asia Pasific Interagency Network (APINY) yang di kelolakan oleh UNESCO dan beberapa agensi UN yang lain bagi memastikan program berkaitan belia tidak bertindih dalam setiap agensi.
6 fokus tema APINY adalah : Pendidikan, Ruang Sivik & Hak Asasi Manusia, Kesihatan, keamanan (peace building), urbanisasi dan penempatan (urbanization & localization), pembangunan ekonomi dan di pengerusikan oleh agensi-agensi PBB.